Nik Nazmi Dipulun Netizen Akibat Posting Lawak Bodoh

Uncategorized

Buat posting tidak mengunakan akal, Ahli Parlimen PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kena pulun dengan netizen, baru tau langit atau rendah.

Itulah bila buat status tu cubalah buat sesuatu yang mempunyai nilai sebagai seorang YB, jangan macam budak sekolah!.

Semua ini berlaku gara-gara tweet lawak bodoh yang dimuat naiknya dan ditujukan kepada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.

Nik Nazmi merujuk kepada cerita dongeng Snow White, menceritakan Rosmah mungkin semasa suaminya masih perdana menteri melihat cermin dan bertanya siapa FLOM (wanita pertama) tercantik.

Coretan itu serta merta dikecam ramai, termasuk sebahagian besarnya dipercayai penduduk Setiawangsa sendiri, yang mula mempersoal dan membangkitkan banyak masalah rakyat di kawasan itu yang masih belum diselesaikan daripada sibuk jaga tepi kain orang lain.

“YB fokus kerja la, dulu setiap minggu boleh nampak Datuk Fauzi turun padang dengan orang Setiawangsa/AU (tanpa lihat ig/fb) beliau. Sekarang ni susah nak nampak wakil rakyat turun setiawangsa,” kata seorang pengguna Twitter dikenali Omar Othman.

Teguran itu disambut pengguna lain, yang menggunakan nama Azmi Quttu:” Status YB tidak mencantikkan tweet YB itu. Seperti kata @omar_othmannn dahulu ada banyak program dianjurkan oleh pejabat YB Setiawangsa termasuklah di PPR (PPR Air Panas contohnya). Gurau senda ada masanya. Me neither left nor right, what is inappropriate is inappropriate.”

Sebahagian besar balasan terhadap coretan beliau itu berupa kritikan dan kecaman daripada orang ramai, yang menganggap lawaknya itu sebagai tidak matang dan memalukan sebagai seorang ahli parlimen.

Mereka mendesak Nik Nazmi melihat cermin dan menilai apa yang beliau sendiri telah lakukan dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli Parlimen.

Insiden ini ialah yang terbaru ahli politik Pakatan Harapan dikecam hebat di media sosial ekoran kenyataan yang dianggap tidak bijak, atau mendedahkan hal yang tidak sepatutnya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang kerap dikecam kerana kenyataan dan paparan aktiviti yang mengundang kemarahan.