Wakil Rakyat PAN Utamakan Parti dari Rakyat

Berita Nasional

Wakil rakyat Parti Amanah Negara (PAN) meletakkan keutamaan parti lebih penting berbanding permasalahan dihadapi rakyat.

Ini dapat dilihat melalui peruntukkan bulanan yang disediakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi PAN, melalui isytihar harta hanya memperuntukkan sebanyak RM2,000 sebulan sebagai sumbangkan kepada rakyat daripada pendapatannya RM28,000 sebulan.

Khalid menyumbang sebanyak RM4,000 kepada parti itu.

Manakala Mujahid pula, memperuntukkan sebanyak RM2,000 sumbangan kepada rakyat daripada lebih RM25,000 pendapatannya dan juga RM4,000 kepada parti itu.

– watanonline