Tragedi Enam Anggota PPDA Maut, Noh Omar Turut Bersedih Dan Simpati

Berita Nasional

Rasa dukacita dan sedih turut dirasai oleh bekas Menteri KPKT Tan Sri Noh Omar. Ianya dizahirkan melalui ‘posting’ di ‘Facebook’ beliau.

“Al- Fatihah- Saya pernah sebut dalam ucapan semasa menjadi Menteri KPKT dulu, anggota Bomba umpama wira yang tak didendang. Sebelum PRU14, saya sempat menyelesaikan masalah kenaikkan elaun kepada semua anggota.

Malam ini saya terima berita 6 anggota lemas ketika operasi mencari remaja yang jatuh lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. Salam takziah buat seluruh anggota keluarga.

Semoga roh-roh mereka dirahmati dan diletakkan dikalangan mereka yang beriman. Kerajaan PH saya harap akan terus membela kebajikan anggota Bomba dan akan melaksanakan elaun khas anggota bomba yang telah diluluskan semasa saya menjadi Menteri KPKT.”

Sebagai menzahir rasa dukacita dan sedihnya, beliau sendiri hadir kemajlis tahlil dalam memberi penghormatan terakhir kepada anggota bomba yang terkorban di balai Bomba Shah Alam.

Posting beliau boleh diikuti :  https://m.facebook.com/115195725281815/posts/1334018503399525/