Surat Rasmi Dalam Bahasa Cina, Tiada Apa Nak Dihairankan

Berita Nasional

TIDAK ada yang pelik dengan tindakan ahli majlis di Iskandar Puteri mengeluarkan surat urusan rasmi dalam bahasa Cina.

Isu ini ialah satu masalah yang tidak akan selesai memandangkan sikap ramai pemimpin Pakatan Harapan sendiri memandang hina bahasa Melayu.

Ini semua bersumber daripada sikap mereka sejak dulu lagi yang memandang rendah dunia Melayu, kerana beranggapan budaya Cina lebih tinggi.

Ini ialah salah satu sikap perkauman yang sudah lama tertanam dan dipegang oleh ramai anggota masyarakat Cina dan sukar diubah.

Apabila dimanipulasi dalam politik, pertembungan ini menjadi lebih sengit, dengan mereka melihat kerajaan negara Malaysia dan segala dasarnya sebagai menindas orang Cina.

Hal ini dimanipulasi dengan sepenuhnya oleh parti seperti DAP dan pertubuhan Cina lain yang sealiran.

Kerana inilah mereka mempertahankan sepenuhnya sistem pendidikan sekolah Cina dan mahu sijil UEC diiktiraf segera.

Mereka tidak mahu berintegrasi dalam sistem arus perdana tetapi mahu mengekalkan dan mengukuhkan sistem mereka.

Apa lagi yang mendorong sikap seperti ini kalau bukan sentimen berlebihan yang akhirnya hanya satu bentuk perkauman.

Dalam politik, DAP yang mewakili kaum Cina memperjuangkan Malaysian Malaysia, yang sebenarnya satu manipulasi istilah.

Mereka kecam dan kutuk pemimpin Melayu yang mengaku Melayu pertama, kemudian “Malaysian” sebagai tidak cukup syarat sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tetapi pada masa yang sama mereka sendiri hampir semuanya lemah berbahasa Melayu dan tidak merasa malu dengan hal ini.

Inilah satu lagi yang jelas menunjukkan rasa besar diri mereka dan memandang hina seluruh budaya dan bahasa Melayu.

Maka tidak hairanlah sudah beberapa kali mereka dengan sengaja menggunakan bahasa Cina dalam urusan rasmi.

Mereka menganggap sudah menang dan tidak perlu lagi mengutamakan bahasa Melayu.

Malaysia baharu pada mereka ialah apa yang mereka tafsirkan sendiri, termasuk peminggiran Melayu dan Islam.

Maka tidak ada apa yang mengejutkan tentang tindakan ahli majlis Iskandar Puteri itu.

Malah, itu mungkin hanya sekadar gambaran awal apa yang akan ditunjukkan lagi pada masa depan.

– Mynewshub.tv