Sudah Jatuh Ditimpa Taik : Selepas Ummi Hafilda Giliran Azwan Ali Luahkan Perasaan

Berita Nasional Selangor

Setelah Ummi Hafilda meluahkankan perasaannya terhadap anak saudaranya dan Azmin Ali susulan penangkapan yang membabitkan kes melombong pasir tanpa lesen di Sungai Long, Kajang sehingga mengakibatkan anak sungai tertimbus serta tersekat.

Selebriti terkenal, Azwan Ali turut dilihat meluahkan rasa gembira berhubung kes berkenaan menerusi beberapa posting di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Azwan berulang kali mengucapkan tahniah kepada SPRM dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu bentuk keadilan.

Menerusi posting berkenaan juga, Azwan dilihat sempat ‘mencabar’ anak saudaranya yang bernama Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid merayu pertolongan daripada Azmin untuk dibebaskan daripada tahanan SPRM.

Dalam pada itu, Azwan juga dilihat tidak terlepas daripada melontarkan kata-kata kesat di dalam beberapa buah entri berkenaan.

Azwan turut menyifatkan penangkapan itu sebagai balasan daripada Tuhan di atas perbuatan keterlaluan anak saudaranya yang tidak menganggap Azwan sebagai bapa saudara ketika majlis perkahwinan Mohd Nuzul Fadli sebelum ini.

“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)?

“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau.

“Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau!

“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Sementara itu, Azmin juga tidak terlepas daripada tempias ‘kelancangan’ mulut Azwan memandangkan salah laku yang dipalit dengan nama menteri besar itu dianggap memalukan keluarga arwah ayahnya, Ali Omar.

“Sudah jatuh ditimpa taik! sudahlah disaman berbilion dengan Syabas, anak kesayangan dicekup SPRM. Ni ker ilmu agama yang arwah bapa kau ajar?

“Ini ker semangat pulut kuning mak kau yang baru saja arwah? Muhasabah,” kata Azwan lagi.