Skandal Pasir : Anak Saudara Azmin, 3 Direman Seminggu

Berita Nasional

Anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini direman selama tujuh hari kerana dipercayai terlibat melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor.

Selain Nuzul Fadli, Majistret Ainna Sherina Saipolamin juga mengeluarkan perintah reman terhadap tiga yang lain.

Keempat-empat mereka ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam di sekitar Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit.

Difahamkan, tangkapan itu menyusul setelah pasukan penyiasat SPRM memeriksa beberapa lori yang disyaki membawa pasir haram semalam.

Penguatkuasa tempatan dikatakan dirasuah supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan tangkapan itu.

“Operasi dilancarkan selepas SPRM mendapat maklumat berhubung kegiatan mencuri pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.