Shafee Mohon Prosiding Mahkamah Ditangguh

Berita Nasional

Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak memohon prosiding mahkamah ditangguhkan seketika bagi membolehkan beliau meneliti tuduhan terhadap anak guamnya.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan itu selepas beberapa minit prosiding mahkamah bermula pada jam 9.17 pagi

Dalam permohonan itu, Muhammad Shafee berkata beliau hanya dikemukakan dengan enam tuduhan itu lima minit sebelum jam 9 pagi.

Sehubungan itu. Muhammad Shafee berkata, beliau perlu memahami tuduhan itu dan memberikan maklumat kepada anak guam mengenai impak tuduhan terbabit.

Katanya, Najib semalam hanya ditunjukkan sepintas lalu tuduhan itu ketika disoal siasat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Sri Gopal Sri Ram tidak membantah permohonan itu.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan Muhammad Shafee dan menangguhkan prosiding selama setengah jam.