Padan Muka : Zaid Ibrahim Terkontang Kanting Sendirian.

Berita Nasional Selangor

Zaid Ibrahim, Bekas Menteri Undang-Undang begitu kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang yang tidak mahu menyokongnya dan kini merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Kekecewaab itu dilontarkan dalam tweet beliau..

“Dalam keadaan saya sekarang, nampaknya saya sudah tidak mempunyai kawan yang sanggup berdiri bersama saya” .

“Saya akan cuba berjumpa DPM Zahid sebaik sahaja dia ada masa untuk berjumpa dengan saya. Lagipun, ini mengenai keselamatan diri saya dan juga keluarga saya, “katanya.

Komen-komen Zaid dikeluarkan selepas kenyataan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yang berkata bahawa mantan menteri perlu menyelesaikan isu berhubung kesan yang timbul daripada tweetnya terhadap pemerintah Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri.

“Ahli-ahli kami dibenarkan untuk menyatakan pendapat mereka tetapi mereka perlu menangani sendiri sebarang masalah yang timbul akibat dari kenyataannya itu,” katanya.

Pua selanjutnya menambah bahawa isu itu tidak ada kaitan dengan DAP kerana kenyataan itu tidak dibuat oleh parti dan Zaid pula tidak memegang apa-apa jawatan dalam DAP.

Beberapa hari yang lepas MB Selangor Azmin Ali juga menolak pelawaan Zaid Ibrahim untuk berdiri sepentas membantunya memperjelaskan isu tweet kritikan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Beliau mesti bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya,” kata Azmin dipetik The Star Online.

Sebelum ini, Zaid, yang merupakan ahli DAP, telah menyatakan kerisauan terhadap keselamatan dirinya dan juga ahli keluarganya berikutan ancaman ketua UMNO Sungai Besar, Jamal Md Yunos mengancam untuk menyerangnya dengan sledgehammer (tukul besi yang besar).

Beliau telah meminta perlindungan dari Ketua Polis Negara, Mohd Fuzi Harun.

Kepimpinan tertinggi DAP dan Pakatan Harapan, termasuk presiden Bersatu Dr Mahathir Mohamad, juga telah berdiam diri terhadap ancaman Jamal yang juga telah membakar imej bekas menteri dan menghancurkan sekeping kadbod dengan sledgehammer.

Semalam, kumpulan Pemuda Selangor Bersatu telah menuntut agar Zaid meminta maaf atas ucapannya dan meminta beliau tidak membuat kesilapan yang sama pada masa akan datang.

Zaid telah menjadi sasaran kecaman apabila dia tweet bahawa “Sultan harus menjaga tutur kataannya” sebagai reaksi kepada kenyataan Baginda yang mengatakan bahawa sifat kemarahan Mahathir boleh menggugatkan keselamatan negara ini.

“Sultan Selangor sepatutnya berhati-hati dengan kata-kata beliau. Tiada siapa yang kebal apabila negara musnah.

“Apabila beberapa Raja bermain politik; mereka mesti tahu akibatnya. Jangan fikir tidak ada harga untuk partisanship, “kata bekas menteri itu.

Sultan Sharafuddin telah menyifatkan kenyataan Zaid itu sebagai biadap lantas memberitahu Zaid, seorang bekas ahli parlimen UMNO, untuk pulang ke negeri asalnya iaitu Kelantan jika dia tidak bersetuju dengannya.

Sekarang Polis sedang menyiasat Zaid di bawah Akta Hasutan dan Jamal juga disiasat berkaitan ancaman terhadap Zaid.