NOH MENANG KETUA BAHAGIAN TANJONG KARANG TANPA BERTANDING

Berita Nasional Selangor

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang, pada Sabtu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang mengekalkan jawatan itu bagi penggal keenam berturut-turut.

Manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang yang sebelum ini disandang ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang melepaskan jawatan itu.

Jawatan Naib Ketua Bahagian Tanjong Karang yang sebelum ini disandang diisi Ketua Cawangan Kampung Pinang, Hashim Zakaria yang turut menang tanpa bertanding.