Menang Dahulu Baru Fikir Siapa MB

Berita Nasional

“Jangan fikirkan siapa MB tetapi UMNO Selangor perlu memberikan fokus kepada usaha untuk memenangi semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno itu berkata, calon menteri besar hanya akan ditentukan jika BN berjaya menawan semula negeri itu.

“Lepaskan dahulu PRU14 baru fikir siapa jadi Menteri Besar. Malah Tan Sri Noh Omar sendiri sudah luahkan tidak berminat menjadi menteri besar, hanya tunjuk kepimpinan sahaja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Umno Selangor 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Turut hadir Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar, timbalannya Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan dua bekas Menteri Bekas Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.