Kerajaan Selangor tidak matang dan kebudak-budakan

Berita Nasional

Tindakan tidak matang dan kebudak-budakkan.

Itu yang dapat digambarkan kepada Kerajaan Selangor yang diterajui PKR susulan tindakan mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri menghentikan langganan akhbar kumpulan Utusan dan Berita Harian.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan yang diambil kerajaan Selangor itu mengesahkan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin terus tunduk di bawah telunjuk DAP yang sememangnya anti Melayu dan Islam.

“Ia membuktikan betapa kerajaan pimpinan Azmin begitu tertekan dan menghadapi masalah ‘inferiority complex’ apabila mereka seolah olah tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang bahawa rakyat Selangor terutamanya dan umat Islam kini berubah arah dengan tidak lagi memberi sokongan kepada kerajaan yang ternyata jelas dikuasai DAP serta tidak berhasrat membela orang Melayu dan kepentingan Islam,” selar.

Beliau berkata demikian pada satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Tambahnya, Kerajaan Selangor lupa bahawa akhbar Utusan dan Berita Harian telah banyak berjasa serta memainkan peranan penting kepada orang Melayu dan Islam dalam menuntut kemerdekaan negara dahulu.

“Sebagai media arus perdana yang sejak sebelum merdeka lagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara berbilang kaum dan agama telah dilihat sebagai musub kepada dasar Kerajaan Selangor yang dikuasai DAP.

Baca juga : Kerajaan Negeri Selangor dayus halang langgan akhbar Utusan, BH – Budiman

“Kita yakin tindakan ini tidak direstui rakyat Selangor dan ini akan meningkatkan lagi penolakan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP,” tegas Annuar.

Lebih mengecewakan, Annuar membidas Kerajaan Selangor yang lupa bahawa terdapat ramai anak jati negeri itu bekerja di bawah rangkaian akhbar Utusan dan Berita Harian.

“Ramai anak jati Selangor ya.g mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan dengan rangkaian kedua-dua akhbar tersebut, dan mereka tidak pernah di diskriminasikan selama ini.

“Kita percaya tindakan yg sangat tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan Kerajaan Selangor yang kini kuat dikuasai DAP,” katanya.