Bekas AG Apandi, Arul Kanda, Khalid Bakar & Ku Nan Tersenarai Dalam Tangkapan Minggu Hadapan?

Berita Nasional

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu seorang lagi pegawai atasan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib akan didakwa minggu hadapan, menurut laporan The Malaysian Insight.

Sumber SPRM memberitahu The Malaysian Insight bahawa agensi itu telah menyelesaikan siasatan ke beberapa pemimpin dan pegawai kanan kerajaan dan sedang menunggu arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara.

“Kami sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari Dewan AG sebelum kami dapat menahan sesiapa,” kata sumber itu.

“Tugas kami adalah untuk menyiasat dan AG akan memutuskan pertuduhan itu. Kami kini sedang menunggu lampu hijau. Kami percaya akan ada penangkapan baru minggu depan.”

Bekas Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor, bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah, bekas Ketua Pengarah Perisikan Hasanah Abdul Hamid dan Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, adalah mereka yang dituduh melakukan pelbagai kesalahan selepas Pakatan Harapan memenangi kuasa persekutuan pada bulan Mei.

Bekas Pengerusi Tabung Haji dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman awal bulan ini dan telah pun dibebaskan dengan ikat jamin.

Selain itu, Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor juga bakal didakwa berikutan terdapat laporan dibuat ke atasnya berkaitan pembangunan di Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Perdana Menteru, Dr Mahathir Mohamad berkata, akan terdapat ramai lagi ditahan bersabit isu dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Zahid minggu lalu telah didakwa dengan dakwaan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang melibatkan RM114 juta.

Beberapa tuduhan dikaitkan dengan yayasan kebajikan yang ditubuhnya yang bertujuan membina masjid, sekolah agama dan rumah anak yatim.