Ahli UMNO Tidak Akan Tukar Parti – Annuar Musa

Berita Nasional

WALAU apa pun dugaan mendatang, ahli-ahli UMNO reda untuk hilang pemimpin-pemimpinnya, namun, mereka tetap mempunyai pendirian teguh dan sama sekali tidak akan menukar parti.

Justeru Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan, di ibu negara hari ini berkata, ahli-ahlinya adalah orang Melayu yang amat setia dengan partinya.

Malah tambah beliau, UMNO juga merupakan parti yang cukup berperaturan dan berdisiplin selain politik wang sudah pun berjaya dihapuskan ketika pemilihan jawatan baru-baru ini.

“Kini, politik wang menjadi amalan parti lain yang berhijrah dari UMNO. Amat sukar bagi ahli UMNO untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Yang sering bermasalah dalam UMNO adalah pemimpinnya, yang bertukar parti adalah pemimpinnya, yang berebut kuasa adalah pemimpinnya, yang rasuah adalah pemimpinnya, dan diseret ke mahkamah adalah pemimpinnya,” katanya.

Beliau mengulas gesaan biadab oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Shah Alam, Selangor semalam yang dengan angkuh menggesa supaya ahli-ahli UMNO pula menyertai PPBM.

UMNO kini memiliki seramai 3.6 juta ahli dengan 22,000 cawangan di 191 bahagian. Mesyuarat UMNO dengan hampir 200,000 perwakilan selama ini berjalan aman tanpa insiden tidak diingini.

Tambah Annuar, puluhan ribu ahli UMNO di negeri-negeri tertentu masih lagi tetap kukuh dengan parti, sebaliknya PPBM pula terutama di Negeri Sembilan yang terpaksa dibubarkan akibat isu dalaman.

“Begitu juga di negeri-negeri lain di mana PPBM sebenarnya sangat lemah, terlalu kecil dan tiada pun sambutan daripada rakyat sendiri,” tegas Annuar.

Lantaran itu Annuar membuat tawaran balas kepada Tun dengan berkata “Sebaliknya,Barangkali UMNO yang harus membuat tawaran balas,iaitu menjemput Tun dan ahli ppbm untuk menyertai UMNO..”

“SESUNGGUHNYA AMAT RAMAI AHLI UMNO,TERMASUK SAYA,AMAT SAYANG DAN MENGHORMATI TUN DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS.KITA BERJUANG BERSAMA PULUHAN TAHUN,REBAH BANGUN BERKALI KALI MEMBELA TUN DAN UMNO.. Tinggal lagi kita berpegang kuat pada ajaran Tun sendiri supaya KITA JANGAN BERPECAH,KITA JANGAN TINGGALKAN PARTI,KITA JANGAN SOKONG ATAU TUNDUK KEPADA DAP DAN SEBAGAINYA..”

“Perjuangan orang Melayu dan umat islam serta Rakyat Malaysia dibawah Tun akan menjadi lebih stabil,kuat,dan berkesan APABILA TUN DIPERKASAKAN MELALUI WADAH PARTI UMNO,dan bukannya PPBM.”tegasnya lagi.