Zaid Ibrahim (Barua DAP) Semakin Biadap Bagi Amaran Kepada Sultan Selangor

Artikel Pilihan

Pastinya Tuan DAP tersenyum lebar hari ini apabila barua mereka, Datuk Zaid Ibrahim dengan lantang, kurang ajar dan biadab memberi amaran kepada Baginda Sultan Selangor. Ini berikutan Baginda Sulta Selangor menegur satu lagi barua DAP, ‘Top Gun’ Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut Baginda akan memusnahkan negara ini dengan kemarahan beliau.

Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir ada meminta maaf kepada Baginda, Tuanku Sultan Selangor menjawab: “Beliau tidak pernah meminta maaf.” Tuanku berkata Tun Dr Mahathir bukanlah jenis pemimpin yang akan membenarkan orang lain membaiki prestasi mereka. Tuanku Sultan Selangor menambah, “Beliau mempunyai ‘inferiority complex’ dan kebencian yang mendalam di dalamnya. Beliau dipenuhi rasa marah dan kemarahannya akan membakar seluruh negara.”

Dalam membalas kenyataan Baginda Sultan Selangor, Zaid Ibrahim berkata, Baginda Sultan Selangor seharusnya berhati-hati apabila berkata-kata kerana menurut Barua DAP ini, tidak ada siapa yang kebal apabila negara ini menjadi huru hara. Selanjutnya, Zaid Ibrahim menambah, apabila golongan Di Raja bermain politik, mereka tahu natijah atau kesannya. Zaid Ibrahim memberi amaran selanjutnya tiada harga untuk golongan Di Raja sekiranya mereka berpihak.

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) wajib memanggil Zaid Ibrahim kerana kerana keceluparan mulutnya memberi amaran kepada Sultan Selangor. Nampak sangat agenda jahat DAP ingin menghapuskan imuniti Raja-Rja Melayu apabila mereka berkuasa kelak. Apa yang hendak dihairankan. ‘Top Dog” Pakatan Harapan sendiri telah berjaya menghapuskan sebahagian daripada imuniti dan kekebalan Raja-Raja Melayu satu masa dahulu.

cnp cucu tok selampit