Wan Azizah Patut Kritik Lim Guan Eng Bukannya Ketua Pengarah JASA

Artikel Pilihan

Kenapa kita beranggapan yang Wan Azizah PKR sebenarnya tidak faham tentang politik dan isu-isu yang berlaku dalam negara ini?

Kita boleh ikuti kenyataan-kenyataan beliau di dalam parlimen.

Yang terbaru, Wan Azizah memalukan dirinya sendiri apabila mendakwa gaji Ketua Pengarah JASA adalah lebih tinggi daripada gaji Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Lebih memalukan ialah kenyataan Wan Azizah itu sekadar spin murahan yang tidak merujuk kepada bukti yang benar. Beliau gagal untuk menerangkan bahawa gaji Menteri yang beliau maksudkan itu adalah gaji pokok yang tidak termasuk dengan elaun dan tuntutan-tuntutan yang lain. Maka, jika dicampur kesemuanya, gaji Menteri adalah lebih tinggi daripada gaji Ketua Pengarah JASA.

Manakala gaji Ketua Pengarah JASA adalah gaji lump sumd dimana tidak ada elaun dan tuntutan lain seperti Menteri.

Penulis pasti isteri Anwar Ibrahim tidak faham maksud pegawai ‘contract of service‘ dan ‘contract for service‘.

Wan Azizah juga tidak faham maksud gred dan tangga gaji. Kerana itu, beliau dengan suka hatinya menuduh Ketua Pengarah JASA dengan meletakkan gred gaji yang salah.

Kerana itu, janganlah Wan Azizah pertikai gaji orang lain yang sah dan telah ditetapkan, begitu juga peruntukan yang telah diberikan kepada agensi-agensi kerajaan seperti JASA. Kita menyarankan beliau melihat kepincangan rakan-rakannya dahulu.

Contoh mudah, Wan Azizah patut bertanya kepada Lim Guan Eng tentang gaji Saifuddin Nasution PKR, pengarah strategik beliau. Kenapa gaji pokok Saifuddin lebih tinggi daripada gaji pokok wakil rakyat?

Wan Azizah juga diminta menegur Lim Guan Eng yang bukan sahaja memegang jawatan Ketua Menteri tetapi lebih daripada 20 jawatan lain di Pulau Pinang?

Dan sebagai Pengerusi George Town World Incorporated (GTWHI), Lim Guan Eng (pengerusi GTWHI) patut dipersoal tentang pendedahan terbaru Ketua Audit Negara.

Ketua Audit Negara melapurkan tentang pengurusan aktiviti dan tadbir urus adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian:

i. pelantikan kontraktor dibuatsecara lantikan terus tanpa kelulusan Lembaga Pengarah;

ii. projek lewat disiapkan dan denda kelewatan tidak dikenakan.

iii. syarat-syarat perjanjian program George Town Festival tidak dipatuhi

iv. Standard Operating Procedures pengurusan projek/program tidak disediakan dan Jawatankuasa Audit tidak diwujudkan.

Wan Azizah sepatutnya berani untuk mengkritik Guan Eng tentang isu ‘pelantikan secara lantikan terus’ dan ‘jawatankuasa Audit tidak diwujudkan’. Ianya amat meragukan dan perlu dibangkitkan supaya rakyat tahu tentang isu ini.

Bagaimana pula dengan gaji yang diterima oleh Wan Azizah tetapi beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ahli parlimen Permatang Pauh? Apakah sumbangan besar beliau ketika rakyat Permatang Pauh ditimpa banjir besar baru-baru ini?

– Dr MiM