Siapa kaki “Copy Pasted” – KISS tiru BR1M?

Artikel Pilihan

Menegak benang yang basah – itulah yang dilakukan oleh EXCO Selangor, Daroyah Alwi apabila mendakwa program bantuan kewangan kaum ibu (KISS) lebih baik daripada BR1M.

Ramai merasakan hujah Daroyah amat dangkal. Membandingkan program peringkat negeri dan Persekutuan adalah tidak bijak. BR1M mempunyai peruntukan RM7 bilion untuk 3 juta penerima manakala peruntukan KISS hanya RM72 juta untuk 30,000 wanita.

Walaupun BR1M bantuan one off, penerima juga kebanyakkannya menerima bantuan bulanan kebajikan lain seperti zakat dan JKM.

“BR1M diterima oleh ketua keluarga atau para bapa. Sering kali kita dengar keluhan para ibu apabila perbelanjaan keluarga ini tidak dapat sepenuhnya kerana para bapa membelanjakannya terlebih dahulu,” kata Daroyah.

Daroyah sanggup mengutuk kaum bapa untuk menyokong hujahnya tetapi tidak pula memberi statitik atau hasil kajian. Sembang kencang!

Sebenarnya, program KISS hanyalah cubaan untuk meniru program BR1M yang dulunya ‘rasuah’ atau ‘dedak’ oleh Pakatan Haprak tetapi akhirnya membatalkan rancangan untuk menghapuskan BR1M dalam bajet alternatif mereka.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanproDAP