Luahan Hati Bekas Ahli PAS – Akhirnya Kebenaran Muncul

Artikel Pilihan

Beberapa hari Lepas Ada hamba Allah bertanyakan kepada saya Kenapa saya menyokong Umno? Mungkin beliau banyak membaca nukilan2 saya yg jelas menyebelahi Umno/BN. Saya tidak kenal individu ini, tambahan saya agak sibuk ketika itu. Maka saya diamkan sahaja tidak menjawab. Hari ini, di sini saya akan memberi Jawapannya. Harap individu berkenaan membacanya dgn hati yg terbuka.

LATAR BELAKANG POLITIK SAYA

Saya dilahirkan dlm keluarga PAS, ibubapa saya org PAS, org kampung saya majoriti PAS Dan sekampung dgn saya Adalah Al Fadhil Ustaz Hashim Jasin ( Mursyidul Am PAS masa kini).
Saya di didik dalam suasana politik PAS.

Semenjak kecil hingga dewasa saya melihat kerajaan dalam sudut yang negatif. Bagi saya Tiada satu pun kebaikan yang kerajaan berikan kepada rakyat. Saya bertekad bahawa satu hari nanti saya akan membawa perubahan dalam iklim politik negara yang memberikan keadilan kepada semua lapisan masyarakat.

PERSOALAN YG SERING BERMAIN DI FIKIRAN

Meningkat dewasa dan layak mengundi, saya memerhatikan beberapa perkara yg membuatkan hati saya sedikit tersentuh. Antaranya apabila saya melihat pendirian ahli-ahli Parlimen PAS yang menyokong pendirian kerajaan dalam beberapa isu kenegaraan. Dari situ saya mula sedar bahawa pembangkang bukan tugasnya sekadar membangkang apa sahaja tindakan kerajaan, sebaliknya cuba mengimbanginya supaya apa sahaja keputusan yang dibuat memberikan kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh.

Dan jika tindakan yang kerajaan ambil itu secara nyatanya menguntungkan rakyat, Tiada sebab lagi untuk tidak menyokong sebarang keputusan yang dibuat.

Kemudiannya saya mula memerhatikan tindakan PAS yg menyertai Barisan Alternatif (sekitar 1990an) yang terdiri dari PAS, PRM, Bersatu, S46 dan DAP.

Kemudiannya selepas pakatan Itu gagal, menyertai pula Pakatan Rakyat yg Terdiri dari PKR, PAS Dan DAP ketika menghadapi PRU. Pada mulanya, tujuan penyertaan adalah Bagi mempastikan pertembungan 1 lawan 1 menghadapi BN. Tidak lebih dari Itu. Jauh Sekali membincangkan hala tuju membentuk Kerajaan Baru jika memenangi pilihanraya. Bagi saya itu dah kira baik kerana ianya menunjukkan kematangan rakyat dalam berpolitik, dan hampir menyerupai geografi politik US yg hanya mempunyai 2 gabungan parti politik ( kerajaan Dan pembangkang).

Pasca PRU12 menyaksikan Pakatan Rakyat menang moral dgn cemerlang di mana mereka berjaya menafikan majoriti 2/3 BN dan merampas 5 buah negeri (Kelantan, Kedah, Penang, Perak Dan Selangor). Mungkin terkejut dengan kemenangan yang tidak diJangkakan ini, PR mula bergolak.

Di Kelantan, Kedah dan penang tidak timbul masalah kerana parti-parti dominan setempat menang bergaya. Tetapi lain halnya di Perak dan Selangor dimana DAP menang kerusi lebih banyak Berbanding rakan PR yg lain. Bermula di sini berlaku sedikit pertikaian yg pada akhirnya menyaksikan PAS dinobatkan kerusi MB Perak dan PKR mendominasi kerusi MB selangor.

Pun begitu, DAP dilihat menjadi proksi di sebalik sebarang keputusan yg dilakukan oleh kerajaan negeri di kedua-dua tempat ini. Biarpun cuba dinafikan sekeras-kerasnya, tetapi penguasaan oleh DAP nampak sangat ketara. Meletakkan speaker dewan undangan negeri Dari Wakil DAP di kedua2 negeri ini menguatkan lagi persepsi saya.

Kemudiannya bermulalah beberapa perlakuan yang pada saya menjolok mata apabila terdapat Wakil DAP yang bukan Islam sewenangnya memetik Ayat Al Quran dalam ucapan mereka untuk menarik perhatian pengundi melayu Islam. Diikuti pula dengan keluarnya kenyataan dari pemimpin tertinggi PAS yang menyatakan KONSEP NEGARA ISLAM bukan menjadi keutamaan PAS.

Jadi apa Makna PAS ditubuhkan? Apakah tujuan nilai-nilai Islam yg diterapkan dlm perjuangan PAS Selama ini jika bukan itu menjadi keutamaan? Sedangkan Selama saya bersama mereka telah didoktrinkan bahawa selagi negara tidak melaksanakan syariat Islam, seluruh umat Islam akan menanggung dosa!?

DETIK PERUBAHAN PENDIRIAN SAYA

Sehingga PRU13, walaupun diasak pelbagai isu oleh pihak lawan, juga diasak pelbagai persoalan di benak saya, saya masih terus istiqamah dalam perjuangan demi mempastikan kemenangan PR Dan menubuhkan kerajaan Baru. Tambahan pula saya amat yakin PR akan memenangi pilihanraya Umum 13.

Sehinggakan saya sanggup memberikan undi kepada DAP ketika itu ( di kawasan saya mengundi, BN bertembung DAP secara 1 lawan 1 ). Walaupun sedikit kecewa apabila PR tetap gagal menawan Putrajaya, saya tetap yakin dengan perjuangan saya. Malah hati saya amat berbunga gembira setelah timbulnya isu 2.6B, 1MDB dan diikuti dengan tindakan Dr M yang menarik balik sokongan kepada DS Najib.

Ketika itu saya mula yakin bahawa kepimpinan DS Najib bakal Berkubur tidak lama lagi.

Bagaimanapun di penghujung November 2015, saya mendapat maklumat dari seseorang yang menyatakan BN bakal menang besar dlm PRU 14 dengan majoriti melebihi 2/3. Hati saya amat tersentak, kenapa? Walaupun diasak pelbagai kemelut, Apakah tidak langsung memberi kesan kepada BN?

Apakah yang merasuk penyokong-penyokong BN hinggakan tidak berubah pendirian mereka terhadap isu-isu yang dianggap serius ini? Bagaimana pula halnya dengan penyokong pembangkang dan pengundi atas pagar? Adakah Mereka juga beralih arah menyokong BN sehingga mampu meraih kemenangan besar ini?

Atas desakan hati, saya melakukan pemerhatian sendiri. Malah saya cuba memandang isuisu besar yg berbangkit ini melalui kaca mata hati penyokong-penyokong BN. Hasil yang saya perolehi telah merubah pendirian saya 360 darjah buat pertama kalinya.

Ketika itu saya mula sedar yang PAS sebenarnya telah dipergunakan secara sewenang-wenangnya oleh PKR Dan DAP demi mengekalkan kuasa. Bahkan amat menyedihkan pimpinan PAS juga merelakan, juga demi kuasa!

Isu-isu besar yang dimainkan seperti 2.6b dan 1MDB hanyalah suatu spekulasi tanpa sebarang bukti ( Dan hingga kini pihak2 yg berdegar-degar mahu mendedahkan bukti tetap senyap melainkan hanya menyalak sekali sekala secara rawak).

Penarikan sokongan oleh Dr M bukanlah kerana DS Najib dilihat tidak Layak menjadi pemimpin, sebaliknya hanyalah kerana beberapa langkah yang dibuat oleh DS Najib tidak memberi keuntungan kepada beliau sekeluarga dan juga kroni-kroni lamanya. Pihak pembangkang sewenangnya memainkan perasan penjawat awam yg menyokong mereka.

Ketika mahu meraih sokongan, segala bulan dan bintang dihidangkan. Sebaliknya, demi melampiaskan maksud politik mereka, dalam menghentam kerajaan secara tidak langsung penjawat awam juga dikaitkan kononnya dengan masalah rasuah, salahguna kuasa, dituduh menjadi kuda kayu kerajaan dan pelbagai Kecaman lagi, tanpa mengambil kira perasan sebahagian penjawat awam yg sentiasa menyokong mereka.

Setelah memikirkan segala kemungkinan juga kebenaran yang mula muncul depan mata satu demi satu, akhirnya tepat pukul 12.00 tgh malam, 31 Disember 2015 saya dengan terbuka memohon maaf kepada DS Najib dan menyatakan sokongan kepada BN tanpa syarat. Penyataan maaf Dan sokongan saya itu saya siarkan dlm group2 Dan blog-blog pembangkang. Antaranya yg saya masih ingat adalah di dalam group Cybertroopers Commando dan Page Azizan Che Soh.

PERASAAN SAYA

Setelah bertukar sokongan, rupanya bukan senang hendak hilangkan rasa sayang saya terhadap perjuangan lama. Didalam hati saya sentiasa tertanya Apakah betul apa yang saya lakukan ini. Bagaimanapun kasih Allah Itu amat Luas.

Beberapa bulan kemudian, Dr M telah mengisytiharkan keluar dari Umno seterusnya menubuhkan PPBM. Manakala PAS telah disingkirkan dari PR yang kemudiannya berpecah kepada PAS dan PAN.

Pembangkang menubuhkan pakatan Baru yang dinamakan Pakatan Harapan dengan dianggotai oleh DAP, PKR, PAN dan PPBM masuk paling akhir. Ketika itu, hati saya amat lega dan penuh yakin tindakan awal yang saya ambil berada di landasan ya g tepat.

Setelah Itu, langkah saya semakin maju bersama umno/BN. Saya sudah mampu melupakan perjuangan lama dan seterusnya tekad menyokong Umno/BN Bagi mengharungi PRU14. Saya yakin ramai lagi di luar sana yg mengambil keputusan seperti saya sekaligus menguatkan ramalan bahawa BN bakal menang besar dlm PRU14 nanti. In Sha Allah. Sekian.

Link asal https://www.facebook.com/groups/847649648673752/permalink/1439909549447756/