Kerajaan PH, Mengaku Ajelah Tak Pandai Tadbir Negara!

Artikel Pilihan

BANK Dunia mengesahkan hutang negara terkawal dan agensi rating antarabangsa pun tidak menyebut hutang kita RM1 Trilion.

Hanya pemimpin DAP seperti Guan Eng dan Kit Siang dan juga PM Malaysia baharu yang duk sibuk sebut camtu….piawaian apa diaorang pakai?

Guna la piawaian dan kaedah pengiraan yang diiktiraf satu dunia dan semua negara kat dunia ni pakai.

Kenapa wujudkan piawaian sendiri dan cerita dongeng?

Mengaku sajalah lepas mansuh GST… negara kehilangan pendapatan luar biasa banyak.

Mengaku sajalah, Rizab Antarabangsa Bank Negara terus susut dari RM109.4b hingga ke RM103.0b.

Mengaku sajalah sekarang udah takda duit hendak tadbir negara.

Ini semua akibat mulut celupar duk zikir hutang 1 Trilion untuk takutkan rakyat berakhir dengan pelabur pun ikut takut hingga cabut keluar.

Pelabur baru tidak mahu datang, pelabur sedia ada cabut lari bila menyedari tindak-tanduk kerajaan baru membawa Malaysia ke arah kemusnahan.

Bukan perkara mudah untuk membentuk keyakinan pelabur….kerajaan PH musnahkan semua itu dalam beberapa hari sahaja.

Tindakan menamatkan kontrak yang dibida secara terbuka menyebabkan pelabur jadi gerun untuk datang ke nagara ini.

Sikap kurang profesional kerajaan membuatkan komuniti peniaga antarabangsa mula melangkah jauh dari Malaysia.

Sikap suka bergaduh dengan negara lain yang sepatutnya menjadi rakan strategik seperti China dan Arab Saudi umpama menabur garam ke atas luka.

Hasilnya kini rakyat mula kehilangan kerja. Doa Kit Siang Malaysia negara yang gagal dan bangkrap semakin menjadi nyata.

Ironinya ia terjadi ketika anaknya menjadi Menteri Kewangan paling paling bodoh dalam sejarah dan partinya menguasai pentadbiran negara ini.

Dari segi ekonomi kita hancur kini, tetapi kerajaan cuba jadi hero dalam isu LGBT dan berubah menjadi negara liberal.

Mati akal bagaimana hendak mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan banyak cukai-cukai baru bagi menampung perbelanjaan.

Ini semua jauh sekali dengan janji-janji dan cakap-cakap masa PRU lalu yang kononnya mahu membantu rakyat.

Kononnya rakyat masa itu hidup terseksa dan perlu diselamatkan.

Kepada mahacai yakni penyokong tegar bodoh PH, tolong jawab ini, bagaimana memperkenalkan cukai baru itu boleh ditakrif sebagai membantu meringankan beban rakyat?

Mahacai bodoh perlu banyakkan membaca, perlu buat kajian sendiri sikit dengan memahami apa yang dimaksudkan hutang negara.

Buat perbandingan hutang Malaysia dengan negara lain.

Jangan hanya tadah air kencing Tun yang mengalir deras jatuh atas kepala. Jangan hanya menganga mulut apa yang disuap semua ditelan tanpa usul periksa.

Dan sekarang, timbul cerita hendak jual aset negara. Betul- betul cara orang yang malas kerja, jual harta pusaka sebab nak lepak kat kedai kopi.

Apakah Petronas akan dijual kepada syarikat arak daripada Filipina?

Apakah aset-aset strategik negara akan dijual kepada kroni, rakan-rakan, anak-anak atau kepada kroni anak-anak?

Kegagalan mentadbir ekonomi negara dijadikan alasan untuk mengayakan anak-anak dan kroni pula?

Menangguk di air keruh sungguh ya!.

Sampai bila hendak gerakkan negara dengan kaedah jual harta ? Takda kaedah lain ke cari duit? Kalau harta dah habis apa lagi yang hendak digadai?

Fikir anak sendiri sahaja, anak para rakyat macam mana pula?

Apa yang berlaku kini adalah akibat mulut celupar yang kuat menipu. Cakap macam-macam masa PRU, sampai sekarang tak mampu tunai.

Setiap kali ada program, maki kerajaan dulu dan Najib sahaja.

Hakikatnya keadaan dulu jauh baik.

Sekarang? Baik juga, tapi untuk anak-anak dan kroni. Ha ha ha

Tunggulah azab sengsara yang bakal menimpa rakyat tidak lama lagi….

– artikel asal : MYNEWSHUB