Kenapa Kit Siang Terus Burukkan Islam?

Artikel Pilihan

UMUM mengetahui DAP ialah parti yang menggunakan politik kaum, menolak Islam sebagai agama negara dan bersikap bermusuh dengan orang Melayu.

Satu lagi bukti terbaru bahawa Lim Kit Siang amat membenci Islam terkandung dalam satu catatan ringkasnya mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata Kit Siang, “Abdul Hadi memalukan politik Islam” kalau tidak dapat membuktikan DAP mendiskriminasi negeri-negeri Melayu Pantai Timur.

Kit Siang terus mengaitkan politik Islam (political Islam) dengan dakwaan Abdul Hadi yang dituduh salah itu.

Kenapa pemimpin cauvinis ini menyebut Islam politik? Kerana beliau memang sentiasa mengaitkan Islam dengan keburukan.

Boleh saja beliau hanya menyoal Abdul Hadi dan menuntut jawapan (yang sebenarnya memang anaknya menteri kewangan tidak membayar royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu) tetapi beliau mahu mengaitkan Islam.

Ini dibuat untuk mengaitkan keburukan dengan Islam kerana kebencian mereka terhadap Islam dan umat Islam.

Sejak dulu lagi memang menjadi kegemarannya mengaitkan Islam dengan kemunduran, rasuah, kerajaan zalim dan sebagainya.

Beliau pernah menceritakan tentang hukum hudud yang didakwa kejam dilakukan oleh negara-negara Islam.

Pada satu masa, beliau mengaitkan Islam dengan rasuah bila menyebut negara-negara berada dalam indeks tinggi rasuah ialah negara-negara Islam.

Sikap yang sama menurun pada anaknya Lim Guan Eng yang bencikan Islam dan PAS terutamanya bila sepanjang masa membuat dakwaan palsu tentang Kelantan.

Sikap mereka semakin terzahir dewasa ini apabila mereka berdua tidak henti didedahkan penyelewengan mereka oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk mengelak dilihat tewas, mereka akan terus menghalakan kecaman dan kritikan tidak berasas kepada pihak lain.

Inilah antara taktik kotor Kit Siang yang mesti disedari oleh umat Islam. Caranya kadang-kala licik dan halus, tetapi mudah terdedah bila diperhati dengan cermat.

– Mynewshub.tv