Bukit Aman Lelong Coli Rosmah?

Artikel Pilihan
Sudah-sudahlah, cukuplah wahai penyokong Pakatan Harapan. Ingatlah anda sekarang adalah pendokong kerajaan Malaysia Baru. Tapi kalau dah sarapan pagi pun dengan fitnah maka hiduplah anda dipenuhi dengan fitnah!
Bukan sesuatu yang baru bagi kerajaan dan penyokongnya obses terhadap bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejak dari mereka pembangkang lagi.
Apa sahaja tuduhan yang tidak pernah dilontarkan kepada sosok tubuh wanita ini? Dari cincin, berlian, anting-anting, gelang dan segala jenis barang kemas, tetapi tidak satu pun pernah didakwa di mana-mana mahkamah.
Hinggalah baru-baru ini beliau disaman oleh syarikat emas dari Lubnan sebanyak hampir RM60 juta kerana barang kemas dibawah jagaan beliau dirampas oleh pihak polis Malaysia yang sekaligus menjawab semua tohmahan bahawa semua barang kemas tersebut bukanlah dibeli oleh beliau. Ia bukanlah milik Datin Seri Rosmah.
Walaupun DS Rosmah bukan lagi isteri kepada Perdana Menteri, obsesi kerajaan dan penyokong terhadapnya tidak berhenti begitu sahaja. Kali ini coli emas yang dikatakan milik DS Rosmah pula menjadi kegilaan mereka.
Coli emas ini dikatakan telah dirampas oleh pihak polis di satu serbuan dan akan dilelong pada esok hari.
Namun setelah diperiksa melalui carian https://reverse.photos, gambar coli emas tersebut sebenarnya diambil di satu Kongres Emas China yang diadakan di Beijing pada 25 Julai lalu.
Coli emas tersebut tidak pernah dirampas oleh pihak polis dan ia tidak pernah berada di Malaysia sama sekali.
Inilah sikap kerajaan dan penyokongnya yang terlalu obses dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib, isteri dan keluarganya hinggakan cerita-cerita fitnah begitu mudah disebarkan kepada umum.

Artikel asal : www.quiz2u.online/bukit-aman-lelong-coli-emas-rosmah/