Bagaikan Bertinju, Tangan Diikat Ke Belakang

Artikel Pilihan

Itulah komen Peguam kanan TS Shafie terhadap tambahan enam pertuduhan baru kepada Najib. Kertas pertuduhan hanya diserah kepada Peguam Najib, lima minit sebelum perbicaraan. Pertuduhan sebelum ini hanya menerima dokumen dalam bentuk CD yang tidak lengkap. Ikat jamin pula ditambah lagi sebanyak RM1 Juta. Sebelum ini dikenakan RM4.5 Juta untuk 32 pertuduhan.

Sebab itu pertuduhan itu dianggap sebagai “foolish” oleh TS Shafie. Bahkan ada beberapa Peguam menyifatkannya sebagai bahan lawak. Ini kerana duit RM6.6 Bilion itu tidak hilang.

Ia adalah keputusan eksekutif (bukan pintu belakang). Maksudnya dana yang ada digunakan untuk tujuan yang lebih penting iaitu urusan projek dan pembayaran hutang demi mengelakkan kemudaratan kepada ekonomi dan rakyat.

Tun M tentu belum puas kerana SPRM masih gagal sampai kepada matlamat utama iaitu pertuduhan “mencuri duit 1MDB”. Isu itu yang menyebabkan rakyat percaya beliau. Itu bermakna Mahathir belum puas mencari kesalahan Najib. Pasti, banyak lagi pertuduhan akan diadakan dan wang ikat jamin juga akan bertambah.

Akhirnya Najib mungkin mencipta sejarah kerana menerima pertuduhan yang terbanyak di dunia, wang ikat jamin tertinggi di dunia, dan menerima dokumen pertuduhan paling lambat di dunia.

Kenapa Bar Council berdiam diri? Apakah ini Malaysia Baru yang mereka sokong? Tahniah Najib, kerana tabah menghadapi “conspiracy at the highest level”.

Mohd Puad Zarkashi.