Azmin Jangan Jadi Kura-Kura Dalam Perahu.

Artikel Pilihan

Sikap berdiam diri Azmin Ali dalam isu skandal tanah Sungai Yu sedikit sebanyak telah menghakis kepercayaan para penduduk terhadap kredebilitinya sebagai Menteri Besar Selangor yang turut bertanggungjawab dalam soal pengurusan tanah di negeri ini.

Untuk rekod, hingga kini para penduduk telah mengadakan tiga siri bantahan secara terbuka selain menghantar surat-surat dan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Azmin sepatutnya tahu isu ini amat penting bagi penduduk-penduduk yang membuat bantahan.

Mereka tidak membantah keputusan kerajaan negeri meluluskan pemberian lot-lot tanah berpotensi itu kepada para penerima yang benar-benar layak tetapi mempersoalkan kaedah pemberian yang disyaki berlaku penyelewengan melibatkan penerima tertentu.

Sebagai contoh, berdasarkan kriteria yang ditetapkan, setiap penerima perlu memenuhi syarat pendapatan di bawah RM3,000 tetapi selepas semakan dibuat, jawatankuasa bantahan mengesan wujud penerima yang memiliki pendapatan lebih tinggi daripada syarat tersebut.

Selain itu, lebih mengejutkan, terdapat sekurang-kurangnya dua buah keluarga menjadi penerima terbesar di sebalik pemberian ini.

Jawatankuasa bantahan yang menyemak maklumat ini turut mendapati keluarga-keluarga ini terdiri daripada penyokong kuat PKR serta mempunyai hubungan yang rapat dengan salah seorang Exco kerajaan negeri.

Macam mana Azmin Ali tidak tahu atau tidak dimaklumkan tentang maklumat-maklumat ini? Bukankah selama ini dia memomokkan rakyat Selangor kononnya pentadbirannya cekap, telus dan bersih?

Isu ini juga sudah dibangkitkan oleh ADUN Permatang, YB Datuk Sulaiman Abd Razak di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor, Sidang Ketiga Penggal Kelima Tahun 2017 baru-baru ini. Tak silap kami Azmin Ali ada di dewan ketika Datuk Sulaiman membangkitkan hal ini selain Exco berkenaan.

Justeru Azmin tak perlulah nak buat-buat bodoh seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di sebalik isu ini. Penyelewengannya terlalu ketara dan penduduk mahukan jawapan yang jelas, bukan dolak dalih lagi.

– fb darul ehsan leaks