Wow! Tak Sangka “Ghupernye” MB Perak Hebat Berkaraoke!

Artikel Pilihan Uncategorized
Ini macamlah Menteri Besar yang kita mahu. Ini baru Malaysia Baharu. Jerit macai-macai Tomato jerit, Sambung macai Tomato lagi, tak adalah MB yang skema dan nerd semacam jer.
Tak adalah MB tu sejenis pembaris yang hanya tahu cerita pasal longkang tersumbat, jalan retak dan berlubang, Rakyat miskin tak cukup makan atau menyulah serta mengerutkan dahi memikirkan pendapatan baru untuk negeri.
MB bagi Kerajaan Pakatan Harapan kena tonjolkan imej yang beliau juga adalah manusia biasa. Selagi boleh jadi macam MB yang memenuhi impian dan harapan golongan muda.
Bagi Menteri pula  kalau perlu main PS4 dalam pejabat, mainlah. Lagi baik kalau dapat panggil radio, panggil tv dan panggil semua media untuk buat liputan secara lve. Kalau perlu jadi superman merempit di jalanraya, maka lakukanlah.
Yang penting anak muda suka. Agenda-agenda Rakyat yang lain, tak penting. Pedulikanlah masa kritikal dengan harga barang mahal sekarang ini dan pendapatan berkurangan serta masa yang semakin suntuk untuk bersama keluarga.
Jawapan bagi semua masalah terutama bila kena balun dengan musuh nanti kan sudah ada? SALAH NAJIB dan KERAJAAN TERDAHULU!!!.
Lagipun para penyokong pun sudah ada template jawapan, “Takkan dia nak kerja 24 jam. Dia pun manusia juga.”
Artikel asal – https://khairulryezal.blogspot.com/?m=1