Video : Kalau Nak ‘Copy Pasted’ Copylah Betul-Betul Jangan Separuh-Separuh – Noh Omar

Berita Nasional

Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh ketika berhujah semalam menyelar tindakkan Kerajaan Pakatan Harapan yang memotong belanjawan untuk petani, pesawah dan nelayan. Beliau juga secara sinis berkata “kalau nak ‘copy paste’ copylah betul-betul jangan separuh-separuh”.

Noh dalam hujahnya menyatakan Kerajaan PH sewajarnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum memotong bajet untuk petani, pesawah mahupun nelayan.

“kalau betul ada ketirisan, buatlah kajian dulu. Janganlah buat dasar dakwa dulu baru siasat, inipun masalah juga. Dakwa dulu baru nak siasat, hukum dulu baru nak siasat”

“Ni saya nak tanya, bila ada pengurangan 50%, Nelayan 50%, ni bermakna kalau nelayan 70 ribu dapat elaun hanya tinggal 50% dapat, bermakna 35 ribu saja dapat. Memang betul ada! Adakah, bagaimanakah pegawai nak menilai 35 ribu ini?

“Adakah pemutihan telah dibuat lebih awal? Sepatutnya buat pemutihan dahulu, buat pemutihan dari 70 ribu, tengok-tengok hanya 60 ribu layak. Jadi bayarlah kepada kouta 60 ribu.”

“Ini bukannya… ini tidak pemutihan belum selesai, tapi telah dipotong bajet dengan alasan untuk mengelakkan penyelewengan”

Seterusnya beliau mempersoal andai bajet yang diperuntukan tidak cukup, bagaimanakah cara untuk mengatasinya dan apakah nasib nalayan yang layak tetapi tak dapat akibat kekurangan bajet.

“Besok kalau dibuat kajian tengok-tengok daripada 70 ribu, 60 ribu layak dapat 10 ribu mungkin tak layak dapat. Apa nak nasib yang layak ini tapi tak dapat…”

Begitu juga beliau bertanyakan berkenaan bantuan baja kepada pesawah,” Bila potong separuh saya nak tanya. Adakah bila baja, kampit baja ini akan dipotong? Sebab bajet telah dipotong separuh…..”

Akhirnya beliau menyarankan agar Kerajaan PH kalau nak ‘copy pasted’, copy betul-betul!

– Admin