Noh Omar Turun Padang Jumpa Wanita

Berita Tempatan

Tanjong Karang – Tan Sri Noh Omar berpeluang bersama Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dalam majlis tahlil mingguan dan kali ini di kediaman Pn Rubaeyah di Kg Parit Serong.

Menurut beliau “program ini amalan kebiasaan Wanita Tg Karang setiap hari Jumaat dan berakhir dengan jamuan ringan berkonsepkan “potluck” yang dibawa dari rumah”.

Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada Pergerakan Wanita UMNO dan mendoakan semoga amalan ini dapat menjadikan ahli UMNO lebih bersatu padu dalam komuniti dan juga harap generasi muda dapat teruskan budaya terpuji ini.

#tanjongkarang

#hiduprakyat