Najib – Kenderaan ADUN Sabak Diguna Untuk Provokasi Saya?

Berita Nasional Selangor

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta penjelasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman berhubung insiden beberapa individu yang didakwa cuba menimbulkan kekecohan ketika beliau bersarapan bersama penduduk di daerah itu pagi tadi.

Bekas perdana menteri berkata, beliau diberitahu bahawa kumpulan tersebut hadir ke tempat beliau mengadakan program dengan menaiki kenderaan Toyota Hilux putih dipercayai milik ADUN Pakatan Harapan (PH) itu.

“Saya diberitahu bahawa kenderaan yang digunakan oleh beberapa orang untuk membuat provokasi semasa sarapan pagi saya hari ini adalah milik ADUN PH Sabak, Ustaz Ahmad Mustain Othman.

“Minta penjelasan dari Tuan Haji Ustaz,” katanya menerusi hantaran terbaru di Facebook.

najib 2

Ahli Parlimen Pekan turut bertanya, apakah kesalahannya kepada ADUN itu sehingga beliau hendak bersarapan pun diperlakukan sedemikian.

Sambil menyindir, Najib bertanya, adakah perlu beliau mendapatkan permit daripada pejabat daerah jika penduduk di kawasan tersebut mahu berswafoto dengannya.

Terdahulu, program Sabak Bernam Bersama Bossku yang dihadairi Najib di Dataran berhampiran Bangunan UMNO Bahagian Sabak Bernam mendapat provokasi daripada kira-kira 20 individu dipercayai dari penyokong PH.

Najib menerusi hantaran di dalam Facebook miliknya menjelaskan orang PH (Pakatan Harapan) cuba lagi untuk melakukan provokasi semasa sarapan pagi di Selangor sama seperti penyokong kerajaan yang membuat provokasi di sebuah restoran dekat Universiti Malaya (UM) dua minggu dahulu.

najib 4

“Saya makan nasi campur pun PH tak senang,” tulisnya di laman sosial berkenaan. – MalaysiaGazette