Malangnya Nasib Adik Irfan Wafiy..

Berita Nasional

Sudah baca berita?

Beberapa hari lepas ada satu sesi townhall antara kerajaan PH dengan tauke kilang.

Mereka berdebat, berdolak-dalik.

Siapa yang patut keluarkan duit untuk situasi Pasir Gudang.

Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan penduduk.

Sampai bila?

Lim Guan Eng tak mahu sain cek?

Tengoklah mangsa pencemaran.

Berapa ramai lagi mangsa seperti adik Irfan Wafiy ini yang perlu ada sehingga kerajaan PH lebih serius?

Kerajaan PH ada duit untuk Mat Sabu pergi London jumpa Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan PH ada berbilion-bilion beli saham Gamuda.

Kerajaan PH ada duit untuk Zuraida Kamaruddin letak billboard besar-besar takut orang lupa muka dia.

Kerajaan PH ada duit untuk jet peribadi bagi pemimpin PH ke hulu ke hilir.

Kerajaan PH ada duit untuk Mujahid pergi China.

Kerajaan PH ada RM202 juta dalam duit Tabung Harapan yang kini tidak tahu ke mana perginya.

Ke mana perginya korporat-korporat yang “menderma” kepada Tabung Harapan?

Bukan ke korporat-korporat ini juga memiliki perniagaan dan kilang besar di Pasir Gudang?

Where are you when the country and the people need you?

Dahulu zaman Barisan Nasional, saya hanya mahu PENYELESAIAN SEGERA dan kerajaan bertanggungjawab memastikannya.

Sebab Kerajaan dilantik oleh rakyat. Kita wakil rakyat dan pemimpin rakyat.

Jika Lim Guan Eng dan pemimpin DAP masih acuh tak acuh, tidak mengapalah.

Apa kata UMNO atau BN Johor buka Tabung Rakyat Untuk Pasir Gudang.

Kita kumpul apa yang kita mampu macam Tabung PH buat, tetapi yang kita dapat kumpul kita derma balik kepada Lim Guan Eng untuk menyelamatkan nyawa di Pasir Gudang.

Selamatkan Pasir Gudang.

Kredit FB Najib Razak