Kor Ming dakwa video Melayu p***mak disunting

Berita Nasional

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa video yang memaparkan suaranya menghina Menteri Besar Perak sudah disunting.

“Saya tidak pernah berkata ‘Melayu p***mak ‘.

Video berkenaan dikatakan dirakam dalam satu ceramah oleh Pengerusi DAP Perak itu di Ipoh pada 16 NOV lalu.

Kor Ming dilaporkan mengeluarkan kata-kata itu selepas menuduh Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengunakan dana awam untuk mendapatkan Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Pembangunan Negara BrandLaureate  yang diterima pada Ogos lalu.

Terdahulu, tujuh pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis di Ipoh hari ini atas kenyataan wakil rakyat DAP yang disifatkan berbaur perkauman.

Bagaimanapun Kor Ming berkata beliau akan membuat laporan polis esok