INTERGRITI : AHMAD MASLAN BALUN MAHATHIR

Berita Nasional

KUALA LUMPURL- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat gagal menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan pada hari pertama sesi perbahasan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas di dalam Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Dalam soalan tambahan, Ahmad Maslan mengajukan tentang langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menjadikan Malaysia negara berintegriti tetapi pada masa sama turut dikelilingi masalah integriti menteri dan timbalan menterinya.

“Untuk berhadapan negara berintegriti sedunia ini, saya lihat kerajaan Pakatan Harapan antaranya mempunyai dua masalah utama. Pertama, kontroversi sijil kelulusan ahli-ahli pentadbirannya dan yang kedua adalah kontroversi manifesto tidak ditunai.

“Dua perkara ini apakah yang akan dibuat oleh kerajaan PH untuk mengatasi terutama penipuan sijil. Terima kasih,” soal Ahmad di Parlimen pada Selasa.

Walaubagaimanapun Tun Mahathir mengelak daripada menjawab soalan tersebut dan mula menuding jari kepada kerajaan lama Barisan Nasional (BN) atas kegagalan PH menunaikan janji.

“Kita sedang berusaha untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto kita tetapi perbuatan kerajaan yang lama serta juga undang-undang tidak mempermudahkan usaha ini.

“Sepatutnya pada hari ini kita sudah lihat mereka yang dituduh melakukan kesalahan berkenaan dengan kewangan negara khususnya SRC dan juga 1MDB, telah dikemukakan kepada mahkamah tetapi sebagai kerajaan yang patuh kepada ‘the rule of law’, kita patuh kepada tangguhan yang dibuat oleh mahkamah, kita hormati mahkamah walaupun rakyat bertanya-tanya kenapakah mereka yang jelas terlibat dengan rasuah tidak dihadapkan untuk dibicarakan dalam mahkamah.

“Ini soalan rakyat dan walaupun kita berusaha tetapi kita mestilah patuh kepada aturan peraturan dan ‘the rule of law’ yang kita terima dan kita laksanakan,” jelas perdana menteri tanpa memberi penjelasan mengenai soalan integriti anggota pentadbirannya yang mana status akademik mereka dipertikaikan kesahihannya.