500 cybertroopers PH diarah serang akaun pemimpin BN?

Berita Tempatan

Malam tadi admin mendapat satu pesanan messagge melalui applikasi whatsapp. Mula-mula bila baca terus gerun juga tapi bila dikaji-kaji terasa nak gelak sakan pula.

Akhirnya mereka mula akur bahawasanya penguasaan media sosial telahlah pun mula dikuasai oleh tentera siber BN, hinggakan mereka terpaksa menggunakan hampir 500 akaun palsu (fake account)

Dan inilah agenda besar Azmin Ali untuk memastikan ahli dan penyokong PH disuap dengan berita mengikut selera mereka. Bermula dengan mengharamkan Utusan Malaysia dan Berita Harian. Seterus menyerang dan membuat report terhadap akaun pemimpin BN dan juga akaun-akaun FB yang membongkar kebejatan kerajaan pimpinannya.

Admin ambil sikap tunggu dan lihat perkembangan menarik ini. Andai benar berlaku, admin percaya tertera siber UMNO tidak akan berdiam diri. Sahabat Media Selangor (SMS), Sukarelawan Siber Selangor (SCS) dan beberapa lagi kumpulan jentera siber akan membuat serangan balas secara berjemaah juga.

…………………………………………………………….

AMARAN MERAH JAMBU!!!! PAGE, AKAUN INDIVIDU PEMIMPIN BARISAN NASIONAL DALAM BAHAYA!!

 

Pasukan tentera siber (cybertroopers) Pakatan Harapan Selangor bakal meningkatkan serangan terhadap media-media sosial pro-Barisan Nasional khususnya yang memfokuskan gerakerja terhadap usaha membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azmin Ali.

Arahan serangan turut dihalakan terhadap akaun-akaun pemimpin utama Barisan Nasional negeri seperti page rasmi Tan Sri Noh Omar, Menteri KPKT merangkap Pengerusi BN Selangor, page rasmi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos dan page rasmi Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Zohdi.

Selain itu, page rasmi Darul Ehsan Leaks turut dijadikan sasaran utama untuk dilumpuhkan dalam tempoh 120 hari menjelang PRU-14 susulan pelbagai siri pendedahan yang dilakukan sejak ia ditubuhkan.

Sejajar dengan arahan ini juga, kami dimaklumkan tak kurang 500 akaun palsu yang menggunakan platform Facebook sedia digerakkan pada bila-bila masa. Antara modus operandi yang ditetapkan termasuklah menghantar komentar yang sama di setiap posting dan membuat laporan atau report secara langsung kepada Facebook secara serentak dan berulang-ulang sehingga sesuatu page atau akaun ditutup.

Selain itu, Pakatan Harapan turut menyediakan sejumlah bajet yang besar untuk mengupah hackers atau penggodam maya bagi memastikan pages atau akaun individu yang berpotensi menggugat mereka dilumpuhkan sepenuhnya.

Perkembangan ini secara tidak langsung mengesahkan lagi kegusaran dan kegoyahan jentera siber pro-Azmin dalam mereka berhadapan kebangkitan jentera siber Barisan Nasional di Selangor dan Malaysia amnya.

Relax la Min… kata telus, kan? Kalau telus, tak payah la goyang.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor