Tiada Yang Lebih Malang Selain Dari Bangsa Yang Menindas, Bangsanya Sendiri

Artikel Pilihan

ROSAK BAWANG DITIMPA JAMBAKNYA

Kali ni saya nak komen sikit tentang tentang isu sosial dan bukannya politik. Jadi bagi sahabat-sahabat yang bergiat aktif dalam politik diharap tidak cepat melatah.

Akhir-akhir ini anak-anak muda bijak pandai tumbuhnya macam cendawan dan mereka ini memainkan isu-isu semasa yang hangat termasuklah isu Melayu, dari yang melepak di kedai kopitiam hinggalah yang bergelar pak menteri.

Sedihnya isu tentang Melayu ni selalu dipolitikkan. Selalu kita dengar ‘Kuota Melayu’, ‘Hak Melayu’, ‘Ketuanan Melayu’ dan bermacam-macam lagi. Bagi saya tak menjadi salah jika NASIB MELAYU DI PERJUANGKAN TAPI BUKAN DIPOLITIKKAN untuk mendapat sokongan dan populariti politik semata-mata.

Mari kita buka sejarah dan lihat semula, bumi bertuah ini dahulu namanya TANAH MELAYU dan diiktiraf oleh orang Inggeris (British) sendiri sewaktu mereka menjajah nergara kita dan merekalah yang bertanggungjawab membawa sahabat-sahabat kita kaum India dan Cina ke Tanah Melayu.

Di dalam Wasiat Raja-Raja Melayu dan Perjanjian Persekutuan Tahah Melayu 1948 (Perkara 153, Perlembagaan Negara) telah mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Jadi kita jelas dua perkara disini, pertama orang Melayu adalah penduduk asal dan hak orang-orang Melayu telah sejak azali lagi diiktiraf. Yang menjadi persoalannya kenapa ada sesetengah pihak yang sibuk mempersoalkan hak keistimewaan orang-orang Melayu ini?

Wahai sahabat, rakan, taulan, nak berpolitik tu boleh tapi janganlah sampai menggadaikan dan menjadi pengkhianat bangsa. Pilihlah isu yang lebih cerdik dan membangunkan rakyat dan bukannya sibuk menghapuskan hak kaum yang masih jauh terpinggir.

Sedarlah yang 69% penduduk di Malaysia adalah berstatus ‘bumiputera’, meraka ini adalah penduduk majoriti yang sekiranya tidak dibantu akan memberikan kesan sosial yang buruk terhadap negara kita.

Apakata daripada kita sibuk nak menghapuskan hak melayu dan kononnya memperjuangkan kesamarataan mari kita balik semula dan buka buku sejarah sekali lagi. Pernah dengar DEB (Dasar Ekonomi Baru)? DEB adalah dasar yang diwujudkan untuk mengagihkan kekayaan negara secara saksama antara kaum di Malaysia dan ekuiti untuk bumputera disasarkan adalah 30%.

Pelik bukan! bumiputera yang merupakan majoriti hanya disasarkan 30% sahaja tapi tak apalah itu isu lain. Isunya disini selama 20 tahun (DEB: 1970-1990) sasaran 30% ini masih tidak dicapai dan sehinggalah ke hariini. Saya nak tanya kenapa konteks kesamarataan ini tidak dilihat didalam pegangan konteks kekayaan negara yang sebelum ini pernah diperjuangkan.

Wahai sahabat, rakan, taulan, nak berpolitik tu boleh tapi janganlah menindas dan menidakkan hak orang Melayu. Untuk sahabat-sahabat berbangsa India dan Cina janganpula salahsangka kerana saya bercakap memperjuangkan nasib bangsa saya yang jauh masih miskin dan perlukan bantuan. Pilihlah isu yang boleh membangunakan negara dan kesejahteraan rakyat. Adakah dengan mempersoalkan hak orang melayu boleh mensejahterakan negara kita?

Benarlah kata Tun Dr.Mahathir “Melayu Mudah Lupa”. Apapun sebelum kita sibuk nak hapuskan hak Melayu dan perjuangkan sangat kesamarataan cuba kita tanya diri kita balik SUDAH BANYAK MANA KITA TOLONG MELAYU? Bak kata pepatah ” Sepuluh kali ukur, sekali kerat”, bercakap biar belapik.

Sebenarnya banyak lagi isu yang perlukan perhatian dan menggangugugat kesejahteraan rakyat, isu yang lebih baik kita bincangkan, contohnya:

1. Bagaimana nak memperjuangkan nasib kaum Melayu yang duduk didalam statistik tertinggi B40 (40% rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,860.00). kerana agihan pendapatan dan kekayaan negara ini tidak seimbang.

2. Peluang pekerjaan yang semakin tipis dan graduan yang semakin ramai menggangur.

3. Jumlah warganegera yang bankrap akibat kad kredit dan sistem riba bank yang melampau sehingga ramai pembeli rumah yang bangkrap akibat tidak mampu membayar interest bank.

4. Jumlah warga asing yang membimbangkan dan dianggarkan seramai 3.3 juta penduduk Malaysia adalah warga asing. Akan datang mungkin akan timbul isu kerayatan dan tuntutan hak samarata.

5. …. ICERD dan banyak lagi

#coachmegat