TH Jangan Jadi PH!

Artikel Pilihan

3600 akaun baru dengan jumlah deposit melebihi RM307 juta! Hebat dan dahsyat sungguh bila mendengarkannya.

Adakah Tabung Haji sekarang ini tengah terdesak untuk mendapatkan pendeposit baru. Maka terkeluarlah kenyataan yang sukar untuk diterima akal.

Dengan hibah yang hiba 1.25 peratus, mahukah Rafizi meletakkan duit tabungan ASBnya di Tabung Haji?. Simpanan tetap yang berteraskan Syariah pun beri hibah 3 peratus lebih! Cuba tanya Mujahid sejak Tabung Haji beri hibah 1.25 peratus berapa banyak duitnya telah didepositkan di Tabung Haji?

Admin merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus TH ini. RM307 juta bahagi 3,600 akaun bermaksud setiap akaun baru telah membuat deposit hampir RM85 ribu….. Wow!

Cuma kawan admin beritahu, sekarang ini BNM telah arahkan bank-bank pengurus dana ASNB tanya pelangan yang nak buat dan tambah pelaburan di dana ASNB adakah wang ini dari Tabung Haji…..?

Maksudnya…. Anda fikirkanlah sendiri!