Tahniah PH, Malaysia Semakin Dikenali Sebagai….

Artikel Pilihan

Malaysia semakin dikenali semakin terkenal seperti yang dilaporkan The Strait Tima sebagai “World’s worst share market”. Baca di sini.

Semalam, Bloomberg telah menaikkan pangkat Bursa Malaysia menjadi bursa paling teruk dalam dunia untuk tahun 2019. Bukan senang untuk menjadi nombor satu di dunia. Tahniah kepada Menteri Kewayangan dan Menteri Ekonomi.

Bloomberg juga berpendapat bahawa harapan untuk Kerajaan PH menarik balik pelabur asing bagi memulihkan ekonomi semakin pudar setiap hari. Bloomberg juga mengesahkan bahawa Bursa Malaysia mencapai rekod tertinggi di bawah Kerajaan BN sebelum PRU14 tetapi kini sudah jatuh sebanyak 14%.

Pasaran-pasaran saham di dunia sedang dalam keadaan “rally” ataupun dalam trend menaik. Malangnya, Malaysia adalah satu-satu negara sahaja yang jatuh. Sebelum PRU14, Malaysia dikenali sebagai “World’s longest running bull market”. Baca di sini.

Kesimpulannya, dari ‘World Longest Bull Market ‘kepada ‘Asia’s Only / Sole Loser’ kepada ‘World’s Worst and Boring Major Stock Market’. Dari ‘Among the Most Stable Debt Market in Asia’ kepada ‘Being ditched by the world’s largest Sovereign Funds’ kepada nak kena dikeluarkan pula dari World Bond Index. Apa ada hal. Janji Najib jatuh.