Rasakan! Padahnya Bila Beri DAP Kuasa..

Artikel Pilihan

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Sue Limm, yang juga ADUN DAP Sekinchan, tiba-tiba menangguhkan sidang DUN Selangor yang sepatutnya tamat pada 8 Ogos 2019…

Baru bersidang 2 hari dan tiba-tiba terus tangguh…

Apa alasan Ng Sue Limm tiba-tiba menangguhkan persidangan DUN Selangor?

Alasannya ialah, ada usul yang hendak dibawa berkaitan pindaan Undang-Undang Syariah negeri Selangor…

Jadi untuk gagalkan usul itu dibawa ke dalam Dewan Undangan negeri Selangor, Speaker DAP tu bertindak menangguhkan sidang dewan…

Nampak tak macam mana bencinya DAP pada apa saja perkara yang berkaitan dengan ugama Islam!!!

Walau pun Ugama Islam adalah ugama rasmi bagi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tapi perasaan benci DAP pada Islam sangat meluap-luap…

Mana dalilnya dakwaan penyokong-penyokong DAP bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak bersifat anti Islam?

Sedangkan pindaan Undang-Undang Syariah yang hendak diusulkan tu sama jer dengan usul pindaan RUU 355 di Dewan Rakyat dulu…

Langsung tak ada kaitan dengan mereka yang kafir…

Ianya adalah usul untuk menambah hukuman di Mahkamah Syariah dan hanya berkuatkuasa HANYA sekiranya kesalahan dilakukan oleh orang Islam…

Jadi apa masaalahnya pada puak kafir harbi DAP nie?

MP Bagan, Lim Guan Eng, yang juga Menteri Kewangan, pada tahun lepas mendakwa kerajaan BN terdahulu MEROMPAK duit hasil cukai GST sebanyak RM19.1 juta…

Tapi dapatan dari siasatan PAC mendapati TIADA kehilangan duit hasil cukai GST malah PAC mengakui duit hasil cukai GST yang terkumpul adalah jauh melebihi dari jumlah cukai GST yang perlu dikembalikan…

Sudah terang lagi bersuluh, Guan Eng menipu 2 perkara dalam Dewan Rakyat…

Pertama, Guan Eng menipu dan memfitnah kerajaan BN yang terdahulu merompak hasil cukai GST…

Kedua, Guan Eng menipu dengan mengatakan duit hasil terkumpul GST telah hilang kerana dirompak oleh kerajaan BN yang terdahulu…

Ini adalah satu tuduhan dan kesalahan yang sangat serius kerana ia melibatkan integriti kerajaan BN yang terdahulu serta kredibiliti kerajaan Malaysia secara amnya dan tuduhan serta fitnah itu dilakukan bukan dalam ceramah politik tetapi dalam Dewan Rakyat…

Setiap apa yang dikatakan oleh Ahli Dewan Rakyat akan dicatit dalam hansard Dewan Rakyat dan ianya bukan saja boleh dirujuk oleh rakyat Malaysia malah seluruh dunia!!!

Bila MP Pembangkang menuntut supaya Guan Eng meminta maaf dan menarik balik penipuan dan fitnah yang dibuat, Guan Eng dengan angkuh enggan meminta maaf dan menarik balik penipuan dan fitnah yang beliau buat malah masih cuba menegakkan benang yang basah…

Bila Guan Eng tetap angkuh pertahankan penipuan dan fitnah yang dilakukan, MP Pembangkang mengusulkan supaya Guan Eng dirujuk kepada ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat…

Memeranjatkan, usul di atas kesalahan yang sangat serius dan sangat nyata telah ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md. Yusuf, memberikan alasan tiada unsur provokasi dilakukan dalam ucapan Guan Eng!!!

Rrrrrupa-rupanya, ada udang di sebalik batu…

Guan Eng ialah bos kepada Lutfi Hakim bin Mohamad Ariff.

Jadi sekarang kita baru faham betapa besarnya kuasa yang DAP ada…

Ini baru jadi Speaker…

Apakah masyarakat Melayu Islam masih lagi nak kata :

“Aku malas nak ambil tahu bab politik nie”…

Atau

“Sama jer, siapa pun jadi kerajaan, aku macam nie jugak”…

Atau

“Ohhhh takpa, benda belum jadi”…

Bukalah mata hati kita, tilik dan renungkanlah nasib generasi yang akan datang kalau DAP dibiarkan bermaharajalela dan beraja di mata dan bersultan di hati bila kuasa berada dalam genggaman mereka…

Itu baru jadi Speaker, belum jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri lagi…

DAP sedang giat perjuangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri…

Bangsa Melayu sedar ker tidak perkara tu?

Pendakwaraya ayam tambatan DAP, hakim pun sama dan sekarang terbukti Dewan Negara dan kebanyakan Dewan Undangan Negeri berada dibawah kawalan DAP…

Masyarakat Melayu Islam masih nak tidur dan rasa selesa lagi ker!!!!!

Kredit :

Anak Selangor Yang Prihatin