Netizen Tumpang Sekaki Di FB Najib Serang Menteri Kasut

Artikel Pilihan

Status Datuk Seri Najib Razak dilaman Facebooknya berhubung kenyataan Menteri Pendidikan yang akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma dan berkhasiat bagi murid dari keluarga B40 ‘diserang’ netizen.

Rata-rata netizen meninggalkan komen tidak berpuashati dengan kenyataan Dr. Maszlee Malik kerana pihak kementerian di bawah Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sejak tahun 1979.

“Pelik…dia (Maszlee) kalau umur sebaya saya,dalam 40-an..takkan tak tahu RMT dah lama…hairan dan menghairankan,”kata Zila Sha.

“Itulah namanya menteri bongok…tak ada langsung idea yang bernas untuk pendidikan dan guru-guru,” sindir Abbas El-aqqad.

“Dah bertahun dilakukan, menteri ‘copy and paste’ mengaku idea sendiri,” katan Mokhtar Dollah.

“Hahaha…bodoh punya menteri!!! kasi malu jer…,” sinis Ahmad Zakariah Mohd.

Bekas Perdana Menteri itu melalui statusnya menyindir kenyataan yang dibuat oleh Maszlee itu dan berpendapat Ahli Parlimen Simpang Renggam itu perlu lebih memberi tumpuan untuk memahami operasi kementerian.

“Mungkin beliau terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar, beliau tidak perasan kerajaan PH sendiri dah potong peruntukan untuk RMT dalam Bajet 2019.

“Tak payah nak ke Jepun nak tahu atau belajar perkara macam ni.

“Tidak erlu ‘pandang ke Timur’. Lebihkan masa memahami operasi kementerian,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Kata-kata Najib itu turut diakui oleh pengikut Facebooknya.

“Terima kasih kepada DSNR. Pada zaman saya di sekolah rendah di tahun 70-an sudah ada RMT. Pada pendapat saya tidak perlulah menteri kasut hitam pergi ke negara matahari terbit untuk ‘mencanang’ tentang RMT,” kata Man Bola.

“Sindiran yang begitu tajam dari DSNR untuk kerajaan PH terutamanya menteri kasut. Setakat ini,Maszlee tiada nampak hasil kerja, setelah enam bulan jadi menteri. Sama dengan menteri yang lain di dalam kerajaan.Mereka hanya tahu bercakap sahaja dari membuat kerja,” kata Isham Irwan Isham Irwan.

“Terbaik DSN. Semua maklumat kementerian di bawah pemerintahan dulu DSN tahu,” puji Salamah Abd Aziz.

“Deep Sir. Saya rasa pak menteri kena kaji otak mereka dahulu sebelum mengkaji perkara lain,” kata Roshaiza Husni.

Untuk rekod, sejak 2014 sehingga Mac 2018, seramai 2,607,617 murid sekolah rendah seluruh negara mendapat manfaat daripada RMT.

Pada 2014, jumlah murid mendapat manfaat RMT adalah seramai 559,383 orang, diikuti 536,103 murid (2015), 538,620 murid (2016) dan 515,028 murid pada 2017.

Semalam, Maszlee yang kini berada di Jepun mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatan kerja tiga hari berkata, usaha untuk melaksanakan skim sarapan percuma itu merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo Isnin lalu.

“Lawatan hampir tiga jam itu memberi peluang untuk mengetahui sendiri kaedah pembelajaran yang melahirkan generasi berkarakter baik.

“Kementerian juga berhasrat untuk memupuk budaya kebersihan dan disiplin dari peringkat tadika lagi sehingga peringkat pendidikan tinggi,” katanya