Kebocoran Kertas Putih Felda – Najib Akan Dikenakan Tindakan

Artikel Pilihan

Lawak sungguh apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali hari ini bersungguh-sungguh mendakwa, DS Najib Tun Razak mendedahkan Kertas Putih Felda yang diklasifikasikan sebagai ’embargo’ sebelum masanya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membentangkan Kertas Putih Felda hari ini (10 April 2019), tetapi Kertas Putih Felda sudah berada dalam Risalat Parlimen semalam (09 April 2019).

Selepas itu nak suruh ambil tindakan keras orang “dedahkan” kandungan Kertas Putih. Lawak apakah ini?

Kalau hendak ambil tindakanpun, ambil tindakan kepada kakitangan Parlimen kerana meletakkan Kertas Putih Felda dekat domain umum iaitu laman sesawang Parlimen sejak semalam.

Sesiapa sahaja yang melayari laman sesawang Parlimen semalam boleh memuat turun Kertas Putih Felda dekat Risalat.

Kesimpulannya, kalau tidak bodoh bukan Menteri Kerajaan PH.