Apa Telah Jadi Dengan Ekonomi Malaysia?

Artikel Pilihan

Hari ini, matawang Ringgit tiba-tiba jatuh 5 sen berbanding US Dollar.

Ringgit merosot secara mengejut hari ini kerana laporan yang dikeluarkan oleh FTSE Russel dari London. Hari ini mereka telah memberi amaran bahawa mereka ingin menurubkan penarafan bon dan sukuk dari Malaysia.

Amaran inilah yang telah menyebab Malaysia sekali lagi menjadi “sole loser” pada hari ini, di mana pasaran saham kita terus menyusut walaupun hampir semua pasaan saham di Asia naik.

Jika diturunkan maka bon dan sukuk Malaysia termasuk yang diterbitkan oleh kerajaan tidak lagi akan dimasukkan dalam indeks bon global FTSE Russel bermula September 2019.

Ini bermakna, pelabur-pelabur asing yang meggunakan indeks FTSE Russel sebagai panduan pelaburan mereka akan menarik balik pelaburan sedia ada.dan tidak akan melabur lagi di dalam pasaran Malaysia.

Setelah tabung pelaburan terbesar dunia iaitu tabung negara Norway mengumumkan minggu lepas bahawa mereka tidak akan labur di dalam pasaran bon Malaysia, kini giliran FTSE Russel.

Sekian lama negara kita dimasukkan di dalam indeks bon FTSE Russel dan pelaburan negara Norway.

Kini kita ditendang keluar pulak.

Ini akan melemahkan lagi matawang dan ekonomi negara kita.

Kredit : FB Najib Razak